Asal Budaya Yahudi Sekular Budaya_Yahudi_sekular

Selama sekurang-kurangnya 2,000 tahun, tidak terdapatnya sebarang perpaduan budaya Yahudi. Orang-orang Yahudi semasa itu sentiasa terselerak sehingga menjelang abad ke-19, dengan:

(sila lihat Pembahagian etnik Yahudi.)

Banyak daripada penduduk-penduduk ini diasingkan setakatnya daripada budaya-budaya di sekelilingnya oleh ghettoisasi, undang-undang dhimma Muslim, dan sebagainya. Menjelang tahun 1931 sebelum peristiwa Holokus, 92% daripada jumlah penduduk Yahudi merupakan orang Yahudi Ashkenazi dan justera itu, banyak daripada apa yang dianggap sebagai "budaya Yahudi" sebenarnya merupakan budaya Yahudi Eropah Tengah dan Timur, serta perkembangan susulannya di Amerika Utara.

Komuniti-komuniti Yahudi Zaman Pertengahan di Eropah Timur mengembangkan trait-trait budaya yang tersendiri sejak berabad-abad lagi, tetapi mulai dari Zaman Kesedaran (dan ikutan-ikutannya dalam agama Yahudi oleh gerakan Haskalah), banyak orang Yahudi yang bertuturkan bahasa Yiddish di Eropah Timur menganggap diri sebagai segolongan etnik atau nasional yang identiti mereka tidak bergantung kepada agama. Constanin Măciucă menulis tentang "suatu semangat Yahudi yang dibeza-bezakan tetapi tidak diasingkan" yang menyelubungi kebudayaan orang Yahudi yang bertuturan bahasa Yiddish. Tanggapan ini bertambah hebat lagi apabila kebangkitan Romantisisme pada umumnya meningkatkan lagi perasaan identiti kenegaraan di seluruh Eropah. Umpamanya, ahli-ahli Bund — iaitu ahli-ahli Kesatuan Sekerja Yahudi Umum pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 — umumnya tidak bersifat keagamaan, dan salah satu bekas pemimpin Bund ialah anak kepada pemeluk agama Kristian, walaupun sendiri tidak mengamalkan atau mempercayai agama Kristian. Gerakan Haskalah bergabung dengan gerakan Emansipasi Yahudi di Eropah Tengah dan Barat kuntuk mencipta suatu peluang untuk orang Yahudi memasuki masyarakat sekular.

Pada waktu yang sama, pembunuhan-pembunuhan kaum di Eropah Timur menyebabkan penghijrahan, terutamanya ke Amerika Syarikat, dengan dua juta orang pendatang Yahudi tiba di sana antara tahun-tahun 1880 dan 1920. Pada dekad 1940-an, peristiwa Holokus mengakibatkan kemusnahan sebahagian besar kaum Yahudi Eropah. Bersama-sama dengan kelahiran Israel dan perhijrahan orang Yahudi dari negara-negara Arab, perkembangan-perkembangan ini menyebabkan perganjakan taburan orang Yahudi yang lanjut. Mentakrifkan budaya sekular di kalangan mereka yang mengamalkan agama Yahudi adalah susah kerana seluruh budaya Yahudi berjalin dengan tradisi-tradisi agamanya. (Ini adalah benar khususnya bagi agama Yahudi Ortodoks). Gary Tobin, ketua Institut untuk Penyelidikan Yahudi dan Komuniti, berkata tentang budaya Yahudi tradisional:

"Pembahagian antara agama dan budaya sebenarnya tidak wujud. Setiap sifat keagamaan dipenuhi dengan kebudayaan; setiap perbuatan kebudayaan dipenuhi dengan keagamaan. Saumaah-saumaah pada dirinya merupakan pusat-pusat kebudayaan Yahudi yang unggul. Akhirnya, apakah kehidupan sebenarnya? Makanan, hubungan, pengayaan, ... Serupa juga dengan kehidupan Yahudi. Amat banyaknya tradisi-tradisi kita yang memang mengandungi aspek-aspek kebudayaan. Lihatlah Passover Seder — pada dasarnya, ia merupakan teater yang unggul. Pendidikan dan agama Yahudi yang kehilangan budaya tidaklah sebegitu menarik. [1]

Yaakov Malkin, Profesor Estetik dan Retorik di Universiti Tel Aviv serta juga pengasas dan pengarah akademik Kolej Meitar untuk Agama Yahudi sebagai Budaya [2] di Jerusalem, menulis:

"Pada hari ini, amat banyak orang Yahudi sekular mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan kebudayaan Yahudi, umpamanya meraikan hari kelepasan Yahudi sebagai suatu perayaan sejarah dan semula jadi yang penuh dengan kandungan dan bentuk baru, atau menandakan peristiwa kitaran hidup seperti kelahiran, B'nai Mitzvah, perkahwinan, dan perkabungan dengan cara sekular. Mereka berkumpul untuk mengkaji topik-topik yang berkait dengan budaya Yahudi dan hubungannya dengan budaya-budaya yang lain di havurot, persatuan kebudayaan, dan saumaah sekular, dan mereka menyertai tindakan awam dan politik yang diselaraskan oleh gerakan-gerakan Yahudi sekular, seperti bekas gerakan untuk membebaskan orang Yahudi Soviet, serta gerakan-gerakan untuk memerangi pembunuhan kaum, diskriminasi, dan pemaksaan agama. Pendidikan kemanusiaan Yahudi sekular menanam nilai-nilai moral sejagat berdasarkan kesusasteraan Yahudi klasik dan kesusasteraan dunia melalui pertubuhan-pertubuhan perubahan sosial yang berhasrat untuk mencapai idaman-idaman keadilan dan kemurahan hati." [3]

Pada hari ini di Amerika Utara, gerakan-gerakan sekular dan kebudayaan Yahudi tergolong dalam tiga buah organisasi penaung, iaitu:

  1. Persatuan untuk Agama Yahudi Kemanusiaan (SHJ)
  2. Kongres Pertubuhan-pertubuhan Yahudi Sekular (CSJO)
  3. Lingkungan Pekerja.

Bahasa-bahasa

Rencana utama: Bahasa-bahasa Yahudi

Kesusasteraan dan teater Budaya Yahudi Sekular boleh dinyatakan dengan menggunakan bahasa-bahasa Yahudi, seperti bahasa Ibrani, Yiddish atau Ladino, atau bahasa-bahasa budaya di sekelilingnya, umpamanya bahasa Inggeris atau Jerman. Sebahagian besar kesusasteraan dan teater sekular dalam bahasa Yiddish bermula pada abad ke-19 dan merosot menjelang pertengahan abad ke-20. Pemulihan bahasa Ibrani di luar kegunaan liturgi sebahagian besarnya merupakan fenomena awal abad ke-20, dan amat berkait dengan Zionisme. Umumnya, akankah sesuatu komuniti Yahudi menggunakan bahasa Yahudi atau tidak sebagai bahasa utamanya bergantung kepada takat keterasingan atau asimilasi komuniti itu. Umpamanya, orang Yahudi di shtetl Poland dan Bahagian Timur Bawah New York (semasa awal abad ke-20) biasanya menuturkan bahasa Yiddish, manakala orang Yahudi terasimilasi di Jerman semasa abad ke-19 atau di Amerika Syarikat pada hari ini umumnya akan menuturkan bahasa Jerman atau bahasa Inggeris

Rujukan

WikiPedia: Budaya_Yahudi_sekular http://www.bje.org.au/adults/templateBase.php?id=1... http://borzykowski.users.ch/EnglYidDance.htm http://www.123helpme.com/view.asp?id=23550 http://judaism.about.com/library/1_culture/bl_danc... http://www.ariekaplan.com/kingscomicspart1.htm http://www.eonline.com/Features/Specials/Jews/ http://www.forward.com/issues/2000/00.04.14/arts.h... http://find.galegroup.com/itx/infomark.do?&content... http://www.hlla.com/reference/jewart.html http://www.jewish-theatre.com/visitor/section_disp...